Monday, April 1, 2019

Enam Jahanam



Filem ini mendapat KRITIKAN TERUK dari Utusan Malaysia kerana mutu pengarahannya, tetapi berpuluh tahun kemudiannya, filem ini telah menjadi sebuah filem ‘cult ‘ bagi generasi muda di zaman ini. Paling menarik tentang filem ini, P.RAMLEE ingin menggambarkan kesemua karektor 6 Jahanam ini betul-betul ganas supaya ianya nampak benar-benar JAHANAM. Pada satu hari P.RAMLEE telah memanggil keenam-enam pelakon yang terlibat dengan beberapa orang tukang gunting rambut yang didatangkan khas oleh P.RAMLEE ke studio Merdeka. P.RAMLEE telah meminta tukang gunting rambut itu menggunting rambut keenam-enam pelakon itu dengan bentuk fesyen yang berbeza. Ada yang botak, ada juga yang botak separuh dan juga ada yang gondol. Patut buat REMAKE filem ni!



    
P.ramlee sebenarnya telah mendapat ilham melalui filem ini The Bravados (1958) yang membalas dendam atas kematian isterinya.

No comments:

Post a Comment

SENIWATI ZAITON SELAMAT HARI LAHIR SENIWATI ZAITON Hari ini 2 April merupakan ulangtahun kelahiran ke-82 tahun buat seniwati Z...