Monday, April 1, 2019





SENIWATI ZAITON

SELAMAT HARI LAHIR SENIWATI ZAITON

Hari ini 2 April merupakan ulangtahun kelahiran ke-82 tahun buat seniwati Zaiton binti Abdul Hamid atau nama pentasnya Zaiton Abdullah. Saya mewakili ahli-ahli Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir buat Seniwati Zaiton Abdullah. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di rahmati Allah SWT.

Saya ingin kongsikan sedikit trivia pendek mengenai seniwati Zaiton yang boleh saya sifatkan sebagai seorang seniwati yang bertuah dalam sejarah penglibatannya di lapangan seni lakon semasa zaman kegemilangan filem Melayu dahulu. Mari kita lihat.

1. Zaiton berlakon di dalam filem-filem arahan atau lakonan P.Ramlee yang berjaya memenangi anugerah di Pesta Filem Asia

- Hang Tuah (1956) - Muzik Terbaik (P.Ramlee)

- Anak-Ku Sazali (1956) - Pelakon Lelaki Terbaik (P.Ramlee)

- Ibu Mertua Ku (1962) - Bakat Serba Boleh (P.Ramlee), Cinematografi Terbaik (A.Bakar Ali)

2. Zaiton berlakon di dalam filem-filem arahan Jamil Sulong yang berjaya memenangi anugerah di Pesta Filem Asia.

- Lela Manja (1960) - Pelakon Kanak Kanak Terbaik (Bat Latif)

- Gerhana (1962) - Pelakon Kanak Kanak Terbaik (Bat Latif)

3. Ibu Mertua Ku (1962) - Menang anugerah khas (Special Mention) di Paris pada tahun 1965.

Seniwati Zaiton adalah seorang pelakon wanita atau heroin yang sangat bertuah. Rasanya beliau adalah pelakon wanita yang paling banyak berlakon di dalam filem-filem yang pernah memenangi anugerah di Pesta Filem Asia.

No comments:

Post a Comment

SENIWATI ZAITON SELAMAT HARI LAHIR SENIWATI ZAITON Hari ini 2 April merupakan ulangtahun kelahiran ke-82 tahun buat seniwati Z...