Bangsawan dipercayai telah dibawa masuk ke Singapura pada tahun 1880an Ketibaan bangsawan Melayu ke Singapura bersama seri panggungnya yang terkenal iaitu Siti Hawa dan kumpulan Wayang Mama Pushi dari Pulau Pinang. Mohamed Pushi telah menubuhkan kumpulannya yang dikenali dengan nama Pushi Indera Bangsawan.
Maka tidaklah menjadi satu yang menghairankan bangsawan merupakan suatu bidang seni yang memerlukan tahap kemahiran dan kreativiti yang tinggi dari setiap anggota-anggotanya yang terlibat
sama ada di depan atau belakang pentas.
Pada tahun April 1987, Seri Anggerik Bangsawan telah ditubuhkan dan diterajui oleh Almarhum Haji Hamid Ahmad. Radio Televisyen Singapura (RTS) pernah terlibat dalam beberapa pementasan bangsawan di Panggung Victoria. Antaranya ialah Jula-Juli Bintang Tiga (1978) danPuteri Gunung Ledang (1979). Walaupun mendapat sambutan yang menggalakkan, namun setiap pementasan ini menelan belanja yang agak besar ketika itu. Kali terakhir seni bangsawan dipentaskan di Singapura ialah pada 15–17 Januari 2016. Ia telah dipentaskan di Teater Esplanade oleh Sri Mamanda Bangsawan yang membawa cerita Raden Mas yang ditulis oleh Encik Nadiputra. Namun, setiap perubahan ruang di mana bangsawan ini dipentaskan juga sering menimbulkan perbincangan tentang keaslianseni pementasan bangsawan itu sendiri sama ada dari segi penampilan, cerita, lakonan dan sebagainya. Sebagaimana yang dihujahkan tadi, seni pementasan bangsawan adalah seni yang sering mengalami perubahan. Perubahan yang berlaku atau perlu dilakukan demi untuk memenuhi keperluan penonton semasa dan juga untuk mengadaptasikan ruang-ruang pementasan yang terdapat bagi pementasan seni bangsawan pada masa kini.
No comments:
Post a Comment