Sunday, March 10, 2019

BAT LATIF



IKON SI KECIL BAT LATIF



Pada tahun 1959, pengarah filem, Datuk Jamil Sulong bertanya pada Bat Latiff, Nak berlakon tak. Bad Latiff menganggukkan kepada beliau sambil berkata, Ya. Oleh demikian, Bat Latiff menjalani uji bakat yang dikendalikan oleh Datuk Jamil Sulong, dan lulus. Bat Latiff dipilih untuk berlakon dalam filem, Batu Belah Batu Bertangkup pada tahun 1959 yang merupakan filem pertama yang diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong.
Bat Latiff memegang peranan sebagai Pekan sewaktu kecil. Peranan Pekan sewaktu dewasa dibawa oleh Aziz Jaafar. Pelakon lain yang turut menjayakan filem tersebut ialah Zaiton AbdullahSalleh Kamil, dan Neng Yatimah. Setelah Datuk Jamil Sulong, P. Ramlee pula membuka peluang berlakon kepada Bat Latiff. P. Ramlee menampilkan Bad Latiff dalam filem komedi, Nujum Pak Belalang pada tahun 1959.
Dalam filem tersebut, Bat Latiff memegang watak anak Pak Belalang. Sementara watak Pak Belalang dilakonkan oleh P. Ramlee sendiri.[4] Filem itu juga dilakonkan oleh Hashimah YonAhmad Nisfu, Habsah Buang, M. Zain, M. Rafee manakala S. Shamsudin dan Datuk Aziz Sattar muncul sebagai pelakon undangan. Pada awal tahun 1960 pengarah filem Datuk Jamil Sulong sekali lagi memberikan peluang berlakon kepada Bat Latiff. Bat Latiff ditampilkan dalam filem, Lela Manja. Bariskan pelakon lain dalam filem tersebut antaranya termaksudkan Datuk Ahmad Mahmud, Tan Sri Jins ShamsudinZaiton AbdullahRosnani Jamil, dan Haji Mahadi.
Watak sedih yang dibawa oleh Bat Latiff dalam Lela Manja sungguh berkesan. Oleh hal itu, Bat Latiff dipilih sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-5 pada tahun 1960. Bat Latiff sekali lagi membuat kejutan dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-7 pada tahun 1962 apabila beliau dipilih sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik melalui lakonan yang cemerlang dalam filem, Gerhana yang diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong.
Bat Latiff pernah berlakon di bawah arahan Omar Rojik melalui filem Singapura Dilanggar Todak yang turut dibintangi oleh Aziz JaafarHashimah YonKuswadinataHaji Mahadi, dan M. Zain. Bat Latiff tidak berlakon lagi selepas itu kerana menumpukan perhatian pada persekolahan. Beliau menyambung persekolahan sehingga ke peringkat 0 Level I Toa Pavoh Secondary School, Singapura.

Pada tahun 1972, Bad Latiff membuat penampilan terakhir beliau dalam filem melalui filem, Satu Titik Di Garisan yang diarahkan oleh M. Amin. Filem yang diterbitkan oleh Cathay Keris Film itu dilakonkan oleh Aziz Jaafar dan Dayang Sofia. Bat Latiff mengikuti jejak kebanyakan bintang dan penggiat filem Singapura berhijrah ke Malaysia. Sekitar tahun 1980-an, Bat Latiff membina kehidupan baharu di Kuala Lumpur.





2 comments:

  1. hi admin, kalau minat seni dan karya lama sila lah join kelab filem & musik melayu klasik at fb nie macam-macam info anda tau...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih yer. Saya baru bermula harap harap boleh kita perjuangkan seni

    ReplyDelete

SENIWATI ZAITON SELAMAT HARI LAHIR SENIWATI ZAITON Hari ini 2 April merupakan ulangtahun kelahiran ke-82 tahun buat seniwati Z...