Monday, March 11, 2019

BANGSAWAN DI SINGAPURA






Bangsawan dipercayai telah dibawa masuk ke Singapura pada tahun 1880an Ketibaan bangsawan Melayu ke Singapura bersama seri panggungnya yang terkenal iaitu Siti Hawa dan kumpulan Wayang Mama Pushi dari Pulau Pinang. Mohamed Pushi telah menubuhkan kumpulannya yang dikenali dengan nama Pushi Indera Bangsawan.

Maka tidaklah menjadi satu yang menghairankan bangsawan merupakan suatu bidang seni yang memerlukan tahap kemahiran dan kreativiti yang tinggi dari setiap anggota-anggotanya yang terlibat sama ada di depan atau belakang pentas.  


Namun selepas perang dunia kedua, seni pementasan bangsawan mula merudum sebelum akhirnya hilang pada tahun 1960an. Tetapi terdapat usaha-usaha untuk meneruskan seni lakon ini melalui wadah-wadah lain. Umpamanya pada tahun 1954,bangsawan mula ke udara melalui rancangan mingguan di Radio Malaya yang berpangkalan di Singapura. Pada tahun-tahun 1970an dan 1980an, bangsawan mula dipentaskan kembali dan muncul dikaca televisyen melalui penerbitan Radio Televisyen Singapura (RTS). Ini dibolehkan kerana ketika itu masih terdapat “orang-orang kuat” bangsawan seperti Almarhum Haji Shariff Medan, Almarhum Haji Ahmad Sabri dan Almarhum Haji Hamid Ahmad yang pernah melibatkan diri mereka dalam kegiatan dan pementasan seni bangsawan.


Pada tahun April 1987, Seri Anggerik Bangsawan telah ditubuhkan dan diterajui oleh Almarhum Haji Hamid Ahmad. Radio Televisyen Singapura (RTS) pernah terlibat dalam beberapa pementasan bangsawan di Panggung Victoria. Antaranya ialah Jula-Juli Bintang Tiga (1978) danPuteri Gunung Ledang (1979). Walaupun mendapat sambutan yang menggalakkan, namun setiap pementasan ini menelan belanja yang agak besar ketika itu. Kali terakhir seni bangsawan dipentaskan di Singapura ialah pada 15–17 Januari 2016. Ia telah dipentaskan di Teater Esplanade oleh Sri Mamanda Bangsawan yang membawa cerita Raden Mas yang ditulis oleh Encik Nadiputra. Namun, setiap perubahan ruang di mana bangsawan ini dipentaskan juga sering menimbulkan perbincangan tentang keaslianseni pementasan bangsawan itu sendiri sama ada dari segi penampilan, cerita, lakonan dan sebagainya. Sebagaimana yang dihujahkan tadi, seni pementasan bangsawan adalah seni yang sering mengalami perubahan. Perubahan yang berlaku atau perlu dilakukan demi untuk memenuhi keperluan penonton semasa dan juga untuk mengadaptasikan ruang-ruang pementasan yang terdapat bagi pementasan seni bangsawan pada masa kini.

SENI PERSEMBAHAN BANGSAWAN

Persembahan bangsawan mengikut amalan tradisi tidak berpandukan skrip. Pelakon-pelakon hanya diberitahu tentang rangka atau sinopsis cerita, dan bertolak daripada pokok cerita itu terserahlah kepada mereka untuk membina dialog dan membuat improvisasi lakon.



Menurut Haji Hamid Ahmad , bangsawan berasal daripada dua kekata iaitu “bangsa” dan “wan”. Perkataan “bangsa” itu diberikan kepada orang yang berbangsa dan perkataan “wan” pula diberikan kepada golongan yang berketurunan “Wan” atau “Syed” atau berdarah raja. Jadi bangsawan asalnya dipentaskan untuk istana. Namun ia dapat dinikmati sebagai hiburan rakyat selepas zaman raja-raja.

Perkataan bangsawan ini telah banyak dikaitkan dengan opera Melayu kerana pada awal mula persembahan seni bangsawan ini, sering dipaparkan kisah raja-raja dan orang-orang bangsawan. Cerita-cerita pementasan bangsawan ketika itu seringkali memetik cerita-cerita daripada India, Arab, Barat, China, Jawa dan juga cerita-cerita daripada Sejarah Melayu.

 Permulaan Bangsawan

 Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah dari rantau ini, sebaliknya bangsawan lahir daripada pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun 1870an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang Parsi atau Mendu. Kumpulan ini  melakonkan cerita-cerita dengan menggunakan Bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India. 


Wayang Parsi ini kemudian diambil alih oleh tuan dari kalangan Jawi Pekan tempatan bernama Mohamed Pusi pada tahun 1884 dan diberikan nama Wayang Bangsawan. Mohamed Pusi merupakan seorang  artawan di Pulau Pinang dan bertanggungjawab menubuhkan sebuah “kumpulan bangsawan secara professional yang pertama setelah beliau membeli perkakas-perkakas serta kelengkapan pementasan dari  rombongan Wayang Parsi”. Nama kumpulan bangsawan pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of Penang yang bergiat pada tahun 1885 yang menggunakan Bahasa Melayu dan menjadi titik tolak penerapan pengaruh-pengaruh “Melayu” dalam aspek-aspek pementasan.

Perkembangan Bangsawan


Setiap persembahan kumpulan bangsawan mendapat sambutan yang hebat daripada para penduduk di Pulau Pinang kerana corak permainan mereka belum pernah dilihat sebelumnya. Tambahan pula, cerita-cerita yang dipaparkan seringkali mengajak para penonton menggembara ke alam khayal. Ini dikuatkan lagi dengan pandangan bahawa di pulau itu wujud ramai penduduk dari India terutama selepas pembukaannya oleh Sir Francis Light pada tahun 1868.

Oleh itu, pengaruh kebudayaannya juga mula berkembang sejajar dengan perkembangan penduduk India itu yang juga menimbulkan masyarakat kacukan Melayu/India. Antara nama-nama mereka yang masih lagi menunjukkan keturunannya ialah “Marican, Babjan, Pak Wan Teh, Haron Bee, Patma Bee dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan bangsawan ini yang mendapat sambutan yang baik terutama di kawasan negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Singapura dan Melaka ini bergerak ke seluruh tanah Melayu hingga ke Sumatera. Di Kuala Lumpur, tapak Sungei Wang Plaza dahulunya merupakan tempat bangsawan dipentaskan dan dikenali sebagai Happy World. Kumpulan-kumpulan yang telah bergiat cergas sejak kumpulan pertama terlalu banyak jumlahnya.

 Menurut Rahmah (1975), kumpulan yang lebih lama bergiat adalah seperti Nahar Bangsawan Malaysia Opera, Kinta Opera, Indera Bangsawan of Penang, City Opera, Peninsular Opera, Seri Permata Opera, Jaya Opera, Zanzibar Bangsawan, Dean Union Opera, Gray Opera, Indera Permata of Selangor, Constantinople Opera, Rahman Opera, Kencana Wati Opera, Bangsawan Jenaka Melayu dan Bolera Opera. 


Ok....nanti kan sambungan nya
Bangsawan di singapura...

Sunday, March 10, 2019

BAT LATIF



IKON SI KECIL BAT LATIF



Pada tahun 1959, pengarah filem, Datuk Jamil Sulong bertanya pada Bat Latiff, Nak berlakon tak. Bad Latiff menganggukkan kepada beliau sambil berkata, Ya. Oleh demikian, Bat Latiff menjalani uji bakat yang dikendalikan oleh Datuk Jamil Sulong, dan lulus. Bat Latiff dipilih untuk berlakon dalam filem, Batu Belah Batu Bertangkup pada tahun 1959 yang merupakan filem pertama yang diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong.
Bat Latiff memegang peranan sebagai Pekan sewaktu kecil. Peranan Pekan sewaktu dewasa dibawa oleh Aziz Jaafar. Pelakon lain yang turut menjayakan filem tersebut ialah Zaiton AbdullahSalleh Kamil, dan Neng Yatimah. Setelah Datuk Jamil Sulong, P. Ramlee pula membuka peluang berlakon kepada Bat Latiff. P. Ramlee menampilkan Bad Latiff dalam filem komedi, Nujum Pak Belalang pada tahun 1959.
Dalam filem tersebut, Bat Latiff memegang watak anak Pak Belalang. Sementara watak Pak Belalang dilakonkan oleh P. Ramlee sendiri.[4] Filem itu juga dilakonkan oleh Hashimah YonAhmad Nisfu, Habsah Buang, M. Zain, M. Rafee manakala S. Shamsudin dan Datuk Aziz Sattar muncul sebagai pelakon undangan. Pada awal tahun 1960 pengarah filem Datuk Jamil Sulong sekali lagi memberikan peluang berlakon kepada Bat Latiff. Bat Latiff ditampilkan dalam filem, Lela Manja. Bariskan pelakon lain dalam filem tersebut antaranya termaksudkan Datuk Ahmad Mahmud, Tan Sri Jins ShamsudinZaiton AbdullahRosnani Jamil, dan Haji Mahadi.
Watak sedih yang dibawa oleh Bat Latiff dalam Lela Manja sungguh berkesan. Oleh hal itu, Bat Latiff dipilih sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-5 pada tahun 1960. Bat Latiff sekali lagi membuat kejutan dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-7 pada tahun 1962 apabila beliau dipilih sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik melalui lakonan yang cemerlang dalam filem, Gerhana yang diarahkan oleh Datuk Jamil Sulong.
Bat Latiff pernah berlakon di bawah arahan Omar Rojik melalui filem Singapura Dilanggar Todak yang turut dibintangi oleh Aziz JaafarHashimah YonKuswadinataHaji Mahadi, dan M. Zain. Bat Latiff tidak berlakon lagi selepas itu kerana menumpukan perhatian pada persekolahan. Beliau menyambung persekolahan sehingga ke peringkat 0 Level I Toa Pavoh Secondary School, Singapura.

Pada tahun 1972, Bad Latiff membuat penampilan terakhir beliau dalam filem melalui filem, Satu Titik Di Garisan yang diarahkan oleh M. Amin. Filem yang diterbitkan oleh Cathay Keris Film itu dilakonkan oleh Aziz Jaafar dan Dayang Sofia. Bat Latiff mengikuti jejak kebanyakan bintang dan penggiat filem Singapura berhijrah ke Malaysia. Sekitar tahun 1980-an, Bat Latiff membina kehidupan baharu di Kuala Lumpur.





Ikon seniku



Tak dapat kita cari penganti mereka ,tidah jemuh mata tidak bosan berulang ulang.

Ku harap di masa akan datang lahirlah bintang bintang emas juga yang tak

hilang dek emas .

JAMIL SULONG





Beliau mula bekerja di Malay Film Productions Ltd sebagai penterjemah. Pada tahun 1951, beliau dilantik sebagai penolong pengarah. Jamil Sulong manakala pada bulan November 1958, beliau menjadi pengarah secara penuh. Beliau bersama-sama P. Ramlee menubuhkan persatuan artis PERSAMA di Jalan AmpasSingapura.[1]
Filem pertamanya ialah Batu Belah Batu Bertangkup yang dihasilkan pada tahun 1957 diikuti dengan filem klasik Si Tanggang dan juga Lela Manja. Filem beliau telah merangkul banyak anugerah pada peringkat antarabangsa. Antara filem-filemnya yang terkenal termasuklah BidasariRaja BersiongGerak KilatJiwa RemajaSayang Anakku SayangJasmin, dan Ranjau Sepanjang Jalan. Beliau adalah penulis lirik untuk lagu Berkorban Apa SajaTiru Macam SayaSelamat Hari Raya Aidilfitri, dan Azizah.

Filem arahan

Ikon purbawara Film melayu

Bermula dengan bismillah semoga apa yang kita tahu kita kongsi bersama

Topic pertama saya pada hari ini adalah ikon purbawara kita allahyarham Nordin 

Ahmad.

Nordin Ahmad ialah seorang pelakon filem Melayu  Malaysia terulung. Beliau dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang PeraiPulau Pinang pada tahun 4 Ogos 1929. Lakonan hebat beliau adalah seperti dalam filem Seri MersingSemerah PadiAir Mata Duyong dan Gurindam Jiwa. Selain itu beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam filem Hang JebatCucu Datuk Merah dan Raden Mas.

setiap kali menyebut nama Nordin Ahmad, peminat akan terus teringat adegan-adegan dan dialog-dialog yang menjadi klasik filem-filem Melayu sepanjang zaman seperti dalam filem Seri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani dengan dialog berpantun ; "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu." Dalam filem Gurindam Jiwa (1966) Nordin berganding dengan Latifah Omar mendendangkan lagu Gurindam Jiwa dengan rangkap "Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan". Filem terakhir Nordin ialah filem Jahanam arahan M. Amin yang diterbitkan pada tahun 1971, yang mana Nordin berganding dengan seniwati Saadiah.






Sekian terima kasih.




SENIWATI ZAITON SELAMAT HARI LAHIR SENIWATI ZAITON Hari ini 2 April merupakan ulangtahun kelahiran ke-82 tahun buat seniwati Z...