Persembahan bangsawan mengikut amalan tradisi tidak berpandukan skrip. Pelakon-pelakon hanya diberitahu tentang rangka atau sinopsis cerita, dan bertolak daripada pokok cerita itu terserahlah kepada mereka untuk membina dialog dan membuat improvisasi lakon.
Menurut Haji Hamid Ahmad , bangsawan berasal daripada dua kekata iaitu “bangsa” dan “wan”. Perkataan “bangsa” itu diberikan kepada orang yang berbangsa dan perkataan “wan” pula diberikan kepada golongan yang berketurunan “Wan” atau “Syed” atau berdarah raja. Jadi bangsawan asalnya dipentaskan untuk istana. Namun ia dapat dinikmati sebagai hiburan rakyat selepas zaman raja-raja.
Perkataan bangsawan ini telah banyak dikaitkan dengan opera Melayu kerana pada awal mula persembahan seni bangsawan ini, sering dipaparkan kisah raja-raja dan orang-orang bangsawan. Cerita-cerita pementasan bangsawan ketika itu seringkali memetik cerita-cerita daripada India, Arab, Barat, China, Jawa dan juga cerita-cerita daripada Sejarah Melayu.
Permulaan Bangsawan
Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah dari rantau ini, sebaliknya bangsawan lahir daripada pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun 1870an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang Parsi atau Mendu. Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan menggunakan Bahasa Hindi dan dilakonkan oleh pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India.
Wayang Parsi ini kemudian diambil alih oleh tuan dari kalangan Jawi Pekan tempatan bernama Mohamed Pusi pada tahun 1884 dan diberikan nama Wayang Bangsawan. Mohamed Pusi merupakan seorang artawan di Pulau Pinang dan bertanggungjawab menubuhkan sebuah “kumpulan bangsawan secara professional yang pertama setelah beliau membeli perkakas-perkakas serta kelengkapan pementasan dari rombongan Wayang Parsi”. Nama kumpulan bangsawan pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of Penang yang bergiat pada tahun 1885 yang menggunakan Bahasa Melayu dan menjadi titik tolak penerapan pengaruh-pengaruh “Melayu” dalam aspek-aspek pementasan.
Perkembangan Bangsawan
Setiap persembahan kumpulan bangsawan mendapat sambutan yang hebat daripada para penduduk di Pulau Pinang kerana corak permainan mereka belum pernah dilihat sebelumnya. Tambahan pula, cerita-cerita yang dipaparkan seringkali mengajak para penonton menggembara ke alam khayal. Ini dikuatkan lagi dengan pandangan bahawa di pulau itu wujud ramai penduduk dari India terutama selepas pembukaannya oleh Sir Francis Light pada tahun 1868.
Oleh itu, pengaruh kebudayaannya juga mula berkembang sejajar dengan perkembangan penduduk India itu yang juga menimbulkan masyarakat kacukan Melayu/India. Antara nama-nama mereka yang masih lagi menunjukkan keturunannya ialah “Marican, Babjan, Pak Wan Teh, Haron Bee, Patma Bee dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan bangsawan ini yang mendapat sambutan yang baik terutama di kawasan negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang, Singapura dan Melaka ini bergerak ke seluruh tanah Melayu hingga ke Sumatera. Di Kuala Lumpur, tapak Sungei Wang Plaza dahulunya merupakan tempat bangsawan dipentaskan dan dikenali sebagai Happy World. Kumpulan-kumpulan yang telah bergiat cergas sejak kumpulan pertama terlalu banyak jumlahnya.
Menurut Rahmah (1975), kumpulan yang lebih lama bergiat adalah seperti Nahar Bangsawan Malaysia Opera, Kinta Opera, Indera Bangsawan of Penang, City Opera, Peninsular Opera, Seri Permata Opera, Jaya Opera, Zanzibar Bangsawan, Dean Union Opera, Gray Opera, Indera Permata of Selangor, Constantinople Opera, Rahman Opera, Kencana Wati Opera, Bangsawan Jenaka Melayu dan Bolera Opera.
Ok....nanti kan sambungan nya
Bangsawan di singapura...

No comments:
Post a Comment